23 March 2010

IMP - Bukan Sekadar Halal

MAKNA HALAL


Halal itu bererti suci iaitu suci lahir dan batin, bermula dari tangan yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Makanan halal hanya boleh dikatakan halal apabila yang membuatnya terdiri dari kalangan umat Islam itu sendiri kerana sesungguhnya makanan itu ada ruh. Makanan HALAL bukanlah sekadar memakan makanan tersebut tetapi juga mengambil RUH ISLAM dari pengusaha makanan tersebut. Tetapi jika pengusahanya adalah orang kafir, maka pastinya RUH KAFIR itulah yang diambilnya. Nauzubillah!!!


KENAPA KENA HALAL?


Kerana darah dan daging umat Islam mestilah suci dari makanan yang syubhat dan haram.... agar diterima untuk memasukki syurga Allah.


Sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah r.a " Sesungguhnya Allah SWT itu baik, tidak menerima melainkan yang baik, dan sesungguhnya Allah yang memerintah orang-orang yang beriman dengan apa yang diperintah kepada sekalian rasul"


KESAN MAKANAN HALAL :


  • menjalinkan ukhwah dan kasih sayang (iman) dalam kalangan umat Islam

  • menghilangkan perasaan dan sifat hasad dengki dari golongan sifat-sifat tercela

  • melahirkan akhlak yang terpuji

  • melahirkan umat yang kuat pegangan Aqidah dan Agamanya


Makanan yang diberkati


Apakah Makanan Yang Ada Unsur Syubhat?



  • tiada diniatkan kerana Allah

  • tiada dimulakan dengan Bismillah

  • mengenyangkan tetapi tiada keberkatan

  • produk dikeluarkan oleh tangan-tangan yang kufur kepada Allah

  • Tiada Nur Islam yang boleh mengubah hati

  • Sumber bahannya diragui

No comments:

Post a Comment