25 March 2010

Rempah Aween






Dapatkan rempah baru iaitu Rempah Aween yang pelbagai. Rempah dikeluarkan 100% oleh muslim, secara amalan pengilangan Islam. Terdapat beberapa jenis seperti :

* Kari ikan dan udang
* Kari ayam dan daging
* Kari ikan kering
* Kari ikan masak merah
* Rempah Kurma Daging
* Rempah Sup
* Rempah Briyani
* Rempah daging masak hitam



Boleh hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

23 March 2010

Suatu Permulaan....

Sebahagian produk kosmeti & kesihatan... pastinya halal

Sebagai permulaan langkah, kami telah perkenalkan sebahagian barangan IMP bagi keperluan muslim di tapak ekspo sempena Sambutan Maulidur Rasul yang lalu di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Alhamdulillah.... dengan niat yang penuh ikhlas dalam memperjuangkan penggunaan produk-produk yang halal (agar kita sentiasa mendapat keberkatan dari Allah), sambutan amat menggalakkan. Rupanya masih ramai umat Islam yang tidak mengambil berat mengenai konsep pengilangan secara Islam. Bagi mereka cukuplah sekadar logo halal, kalau tak betul halalnya..bukan tanggung jawab mereka.Itulah yang mereka jawab! Bukankah kita telah diberikan akal dan fikiran untuk digunakan. Logo halal sesiapa pun boleh letak.. tetapi pernahkah kita cuba luangkan masa untuk mengkaji kehalalan produk yang dibeli apatah lagi untuk dimakan?

Dengan adanya produk-produk IMP ini, Insya Allah tiada keraguan untuk kita menggunakannya.. Jangan biarkan tangan-tangan kufur (terutamanya golongan kafir) menyiapkan segala keperluan rohani dan jasmani kita... TANGGUNGJAWAB KITA MENCARI YANG HALAL!


Di hadapan gerai kami...

IMP - Bukan Sekadar Halal

MAKNA HALAL


Halal itu bererti suci iaitu suci lahir dan batin, bermula dari tangan yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Makanan halal hanya boleh dikatakan halal apabila yang membuatnya terdiri dari kalangan umat Islam itu sendiri kerana sesungguhnya makanan itu ada ruh. Makanan HALAL bukanlah sekadar memakan makanan tersebut tetapi juga mengambil RUH ISLAM dari pengusaha makanan tersebut. Tetapi jika pengusahanya adalah orang kafir, maka pastinya RUH KAFIR itulah yang diambilnya. Nauzubillah!!!


KENAPA KENA HALAL?


Kerana darah dan daging umat Islam mestilah suci dari makanan yang syubhat dan haram.... agar diterima untuk memasukki syurga Allah.


Sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah r.a " Sesungguhnya Allah SWT itu baik, tidak menerima melainkan yang baik, dan sesungguhnya Allah yang memerintah orang-orang yang beriman dengan apa yang diperintah kepada sekalian rasul"


KESAN MAKANAN HALAL :


  • menjalinkan ukhwah dan kasih sayang (iman) dalam kalangan umat Islam

  • menghilangkan perasaan dan sifat hasad dengki dari golongan sifat-sifat tercela

  • melahirkan akhlak yang terpuji

  • melahirkan umat yang kuat pegangan Aqidah dan Agamanya


Makanan yang diberkati


Apakah Makanan Yang Ada Unsur Syubhat?



  • tiada diniatkan kerana Allah

  • tiada dimulakan dengan Bismillah

  • mengenyangkan tetapi tiada keberkatan

  • produk dikeluarkan oleh tangan-tangan yang kufur kepada Allah

  • Tiada Nur Islam yang boleh mengubah hati

  • Sumber bahannya diragui